Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru

Akhirnya tahun 2009 baharu sahaja melabuhkan tirainya beberapa jam sebentar tadi.. dan bermakna tahun 2010 bermula dengan penuh cabaran dan dugaan yang mendatang.. seseungguhnya tahun 2009 aku banyak mengalami pahit manis suka duka asam garam kehidupan.. aku juga menganggap tahun 2009 tahun kejatuhan morale aku yang amat teruk.. tahun kegelapan dan kegagalan bagi aku..


bila aku mengimbau balik sejarah 2009.. aku mula mengaktifkan blog untuk mengisi masa lapang aku.. meluahkan apa yang aku rase.. dalam tahun ini juga.. banyak program yang telah aku sertai tidak kira aku yang menguruskannya atau sekadar orang bawahan.. sesetengah program aku berjaya harungi tanpa sebarang masalah tetapi ada juga sebahagian program yang aku rasa begitu banyak kecacatan yang berlaku..

tahun 2009 juga merupakan tahun aku mengalami kejatuhan morale yang begitu teruk aku rasa.. kerana pada tahun ini juga, ayahanda tercinta telah meninggalkan kami selama2nya.. dan peristiwa ini berlaku semasa aku tengah menghadapi peperiksaan akhir tahun 2.. hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedih dan terkejutnya aku pada masa itu.. peristiwa itu sedikit sebanyak telah mengubah hidup aku.. aku seperti tidak bersemangat lagi untuk meneruskan pengajian dan berlarutan sehingga sem 1 tahun 3.. natijahnya keputusan aku jatuh yang teramat teruk.. akan tetapi atas dorongan dan sokongan orang tersayang aku cube untuk menghadapi hari-hari yang mendatang ini..

tahun 2009 juga merupakan tahun pertama keluargaku menyambut raya tanpa abah.. memang aku rasa teramat janggal menyambut raya pada tahun ini.. begitu juga dengan perancangan beraya pada tahun ini berbeza sedikit berbanding dengan tahun-tahnu sebelumnya..

tahun 2009 banyak mengajar aku erti kesabaran serta ketabahan.. ketabahan di atas kehilangan orang yang aku sangat hormati, kesabaran menghadapi segala dugaan.. kepayahan menghasilkan laporan projek tahun akhir..

tahun 2009 juga merupakan tahun yang unik bagi diriku apabila aku menghadiri beberapa program yang telah membuka minda yang sentiasa tertutup ini.. aku juga berjaya menghadapi ujian profesional yang telah diadakan baru2 ini.. pada tahun ini juga telah membuktikan kepada aku perbezaan kawan serta seteru.. sesungguhnya aku terlalu bersyukur mengenali kalian wahai sahabat2 perjuangan ku..

tahun 2009 juga tersangat unik bagi diriku apabila aku dapat menghadiri majlis konvokesyen sarjana miss D aku atau lebih dikenali sebagai Lady Dellaz.. abang bangga terhadapmu sayang..

moga tahun 2010 yang menjelma ini akan membawa seribu kebaikan serta seribu keberkatan.. serta tahun ini juga aku dapat mengimpikan segulung ijazah yang telah lama aku idam2kan selama ini.. moga tahun ini juga aku mendapat keberkatan daripada-Nya untuk meneruskan kehidupan aku sebagai insan yang lemah..

kepada sahabat2 seperjuanganku.. aku berdoa agar kita semua berjaya mendapat apa yang kita inginkan.. kepada insan2 yang menyayangi diriku yang hina ini.. aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian serta kalian dimurahkan rezki.. kepada insan unik dalam hidupku yang bergelar Lady Dellaz.. moga usahamu dalam menggapai ijazah kedoktoran diberkati Allah.. kepada insan2 yang selalu mengikuti perkembangan penulisanku ini, moga kalian akan terus menyokong diriku dan berterus2an mengikuti blogku ini..

p/s: kesimpulannya pakcik hanya sekadar nak mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca blog ini..

1 comment:

LaDy DeLLaZ said...

first of all, its not segelung ijazah.. but segulung.. ;)

unik ek? unik cmne tuh.. :p

pls stop losing hopes.. keep ur head up & move towards with me.. ^^ love u so much!!

chaiyok2!! happy new yr bucuk..

Link Within

Related Posts with Thumbnails